KEMBARA USA

From West to East Coast
Merentasi 11 Negeri

BERMULA

Statue of Liberty, New York under white and blue cloudy skies

PETA PERJALANAN

LOS ANGELES - LAS VEGAS - ROUTE 66 - GRAND CANYON N.P. - MONUMENT VALLEY - ARCHES N.P. - COLORADO - ROCKY MOUNTAIN N.P. - CHICAGO - CLEVELAND - NIAGARA FALLS - CORNING - WOODBURY PREMIUM OUTLET - NEW YORK

KENAPA USA ?

Bila kita travel ke Amerika Syarikat dari West ke East, barulah rasa pengalaman Amerika yang sebenar. Dari suasana West yang moden dan santai, kita lalu kawasan luar bandar yang luas dan tenang, sehinggalah tiba di East yang penuh dengan sejarah dan karakter tersendiri.

Setiap hari pemandangan dan vibe berubah, jadi perjalanan rasa lebih hidup, santai dan penuh cerita. Trip ni bukan sekadar pergi bercuti, tapi betul-betul menikmati perjalanan merentas benua yang sukar dilupakan.

MEMORI TRIP

ITINERARI

Itinerari lengkap selama 16 hari 13 malam ni akan membawa anda semua mengembara usa dari west ke east dan kita akan melintasi 11 buah negeri di USA. so, sekali pergi korang dah boleh cover banyak negeri dan jugak dapat cover belah west dan east

Day 01: KUL ✈ LAX / ARRIVAL (LOS ANGELES-LAX AIRPORT)

Pengembaraan US Trans Continental ni akan bermula dengan berkumpul di KLIA 1 untuk kita menaiki penerbangan ke Los Angeles. Kalau korang nak tau, untuk penerbangan ke USA, kita akan tiba pada hari yang sama hari kita berlepas tau.

Day 02: LOS ANGELES

Bersiar di Los Angeles memang buat kita rasa vibe Hollywood dari awal hingga akhir. Kita mulakan hari dengan melihat Hollywood Sign yang ikonik, cukup untuk buat rasa macam berada dalam set filem.

Lepas itu, kita berjalan di sekitar Hollywood dan Walk of Fame sambil mencari nama selebriti kegemaran yang terpahat di kaki lima. Perjalanan diteruskan ke Beverly Hills Rodeo Drive, kawasan glamor dengan deretan butik mewah dan suasana eksklusif.

Menjelang petang, kita bersantai di Santa Monica Pier, menikmati angin laut dan pemandangan matahari terbenam. Dari Hollywood hingga ke pantai, LA sememangnya kota impian yang penuh cerita.

Day 03: LAS VEGAS & HOOVER DAM

Perjalanan hari ini dimulakan dengan kunjungan ke Hoover Dam, sebuah hasil kejuruteraan yang begitu menakjubkan. Di sini, kita akan disajikan dengan pemandangan empangan besar yang menjadi sumber tenaga utama bagi kawasan sekitarnya.

Selepas itu, kita akan meneruskan perjalanan ke Las Vegas. Tapi, sebelum tu kita akan berhenti seketika di Las Vegas Sign untuk ambil gambar buat kenang-kenangan.

Malamnya, masa Free & Easy dekat Las Vegas Strip. Ada yang memilih untuk menjelajah kasino, ada yang cuci mata di kedai-kedai souvenir, dan ada yang sekadar menikmati suasana malam Las Vegas yang tak pernah tidur.

Day 04: ROUTE 66 HISTORIC DISTRICT & GRAND CANYON NATIONAL PARK

Hari ini kita akan bergerak menuju Route 66 Historic District, laluan bersejarah yang sarat dengan kedai retro, mural klasik dan suasana vintage Amerika lama. Sekadar berjalan di sini pun sudah terasa seperti kembali ke era ‘road trip’ ikonik dulu.

Perjalanan akan diteruskan ke Grand Canyon National Park, dan sebaik tiba, pemandangan yang terbentang memang luar biasa. Kita akan singgah di Mather Point, untuk menikmati panorama tebing yang luas dan berlapis warna. Di Visitor Center dan Yavapai Museum pula, kita akan belajar tentang sejarah, geologi dan bagaimana lembah agung ini terbentuk.

Menjelang petang, kita akan berangkat ke Tuba City untuk berehat dan bersedia untuk perjalanan seterusnya.

Day 05: MONUMENT VALLEY & GOOSENECKS STATE PARK

Perjalanan hari ini membawa kita ke Monument Valley Navajo Tribal Park, kawasan ikonik dengan batu-batu merah yang sering muncul dalam filem-filem barat. Pemandangannya memang memukau, lebih-lebih lagi bila dilihat dari viewpoint utama.

Bagi yang inginkan pengalaman lebih mendalam, ada pilihan “2-Hour Monument Valley Highlights Guided Tour” untuk meneroka kawasan yang hanya boleh dimasuki bersama pemandu dari puak Navajo.

Seterusnya kita akan singgah di Goosenecks State Park, tempat di mana sungai berliku membentuk lekuk-lekuk tajam seakan bentuk leher angsa. Kat sini korang boleh tengok pemandangan semula jadi yang jarang ditemui.

Menjelang petang, kita akan bergerak ke Moab untuk berehat.

Day 06: MOAB, ARCHES NATIONAL PARK & CASTLE VALLEY

Hari ini kita akan menerokai Moab dan Arches National Park, Seawal pagi kita akan disambut dengan formasi batu semula jadi yang menakjubkan.

Balanced Rock, Turret Arches, Windows Arches, semuanya memberi rasa seolah-olah berada di dunia lain. Sebelum keluar, kita akan singgah di Lions Park untuk menikmati pemandangan sungai dan tebing merah yang tenang.

Perjalanan diteruskan melalui Upper Colorado River Scenic Byway, laluan yang memang indah dengan tebing batu merah di kiri dan kanan. Kita akan berhenti di Red Cliff Lodge, satu lokasi yang penuh dengan suasana cowboy moden yang terkenal dalam banyak penggambaran filem.

Day 07: CENTRAL COLORADO (TOP OF THE ROCKY MOUNTAINS) & DENVER

Hari ini perjalanan kita akan menyusuri kawasan tinggi Rocky Mountains sambil menikmati pemandangan gunung yang megah sepanjang perjalanan. Kita akan melalui Glenwood Canyon, dengan tebing-tebing batu yang unik. Kemudian kita akan singgah di Frisco, sebuah pekan kecil yang cantik dan tenang.

Di Arapahoe Basin, ada pilihan aktiviti untuk menaiki Black Mountain Chairlift bagi yang mahu melihat pemandangan panorama dari tempat yang lebih tinggi. Kat sini, sekiranya cuaca dan keadaan mengizinkan, kita boleh bermain snow dah.

Seterusnya, kita akan menuju ke Denver untuk sedikit sightseeing. Di 16th Street Mall, suasananya meriah dengan kedai, muzik jalanan dan orang ramai. Kita juga akan melawat Union Station, bangunan bersejarah yang kini menjadi pusat gaya hidup yang penuh dengan kafe dan tempat orang nak bersantai.

Day 08: ROCKY MOUNTAIN NATIONAL PARK / DEN ✈ ORD

Hari ini kita akan menuju ke Rocky Mountain National Park. Kat sini kita akan menikmati udara segar gunung dan pemandangan alam yang luas terbentang.

Selepas selesai kita meneroka kawasan taman nasional yang indah ini, kita akan berangkat ke Denver Airport (DEN) untuk mengambil penerbangan ke Chicago (ORD).

Setibanya di Chicago, malam pun bermula dengan suasana bandar besar yang berbeza sepenuhnya daripada pergunungan yang kita baru tinggalkan. Take a rest yang secukupnya untuk kita menikmati baki-baki hari yang masih ada.

Day 09: CHICAGO

Hari ini kita akan meneroka bandar Chicago yang penuh seni dan seni bina. Kita mulakan di Millennium Park, suasana taman moden sebelum bergambar di The Bean yang ikonik. Kalau datang Chicago ni tapi tak singgah The Bean tu, orang cakap tak lengkap la. Kena datang sini baru boleh kira dah jejak Chicago. Gituu.

Kemudian kita akan berjalan di sepanjang Michigan Avenue dan Chicago Riverwalk sambil menikmati suasana bandar yang hidup. Di Tribune Tower, kita melihat koleksi batu bersejarah yang disimpan pada fasad bangunannya.

Sebagai kemuncak hari, ada optional activity yang korang boleh buat iaitu menaiki Chicago Architecture River Cruise sambil melihat bangunan-bangunan hebat dan mengagumkan di Chicago dari perspektif yang berbeza.

Day 10: CLEVELAND

Hari ini kita menuju ke Cleveland untuk menikmati sedikit suasana bandar tepi tasik. Di Lakefront, kita boleh berjalan santai sambil melihat pemandangan Lake Erie yang luas dan berangin. Kat sini vibe dia tenang ja and ada vibe bandar moden di sekelilingnya.

Kemudian kita singgah di Rock & Roll Hall of Fame, sebuah muzium berbentuk piramid kaca yang menempatkan sejarah muzik, koleksi pakaian artis, alat muzik legenda dan kisah perkembangan dunia rock. Banyak benda menarik yang buat kita rasa macam kembali ke era muzik klasik.

Selesai meneroka Cleveland, kita akan bergerak ke Ashtabula untuk berehat bagi menghadapi hari hari yang berikutnya.

Day 11: NIAGARA FALLS & CORNING

Hari ini kita akan bergerak ke Niagara Falls, salah satu keajaiban alam yang paling terkenal di dunia. Setibanya di sana, kita dapat melihat air terjun yang deras dan megah dari pelbagai sudut.

Untuk yang ingin pergi lebih dekat dengan air terjun tu, boleh memilih Niagara Falls Cruise, tetapi hanya beroperasi pertengahan April sehingga awal November. Kalau korang naik cruise ni, korang boleh rasai sendiri kehebatan air terjun Niagara ni dari atas bot.

Selepas puas menikmati keindahan Niagara, kita akan bergerak ke Corning untuk melawat Corning Museum of Glass. Di muzium ini, kita dapat melihat koleksi kaca yang menakjubkan, dari karya seni halus sehingga demonstrasi pembuatan kaca secara langsung. Memang menarik untuk melihat bagaimana kaca panas diubah menjadi seni yang indah.

Day 12: WOODBURY COMMONS PREMIUM OUTLETS

Hari ini kita berhenti di Woodbury Commons Premium Outlets, salah satu destinasi membeli-belah paling terkenal di Amerika Syarikat ni. Kawasannya luas, dipenuhi butik jenama-jenama besar dengan harga diskaun yang memang menggoda. Nak dapat barang-barang branded dengan harga lebih berbaloi, sini la tempatnya.

Suasananya santai, tapi cukup meriah dengan pengunjung yang turut memburu discount yang ditawarkan. Hari ni memang untuk korang shopping je. lepaskan gian nak shopping tu.

Day 13: NEW YORK CITY-MIDTOWN

Hari ini kita akan berjalan-jalan di kawasan Midtown New York City sambil menikmati suasana kota yang sentiasa sibuk dan penuh bangunan yang ikonik. Pertama sekali kita mulakan dengan pergi ke Brooklyn Bridge yang mana korang boleh tengok pemandangan Manhattan dari jambatan yang popular ni.

Seterusnya, kita akan meluangkan masa dekat Central Park, yang merupakan taman yang berada betul betul di tengah kesibukan bandar. kat sini korang boleh menaiki kuda untuk mengelilingi Central Park ni sebab park ni luas tau.

Selepas puas bersantai di Central Park, kita pergi ke Times Square, kawasan paling meriah dengan papan iklan gergasi dan orang ramai dari seluruh dunia. Along the way, kita akan melalui Broadway dan Avenue of the Americas, dua laluan penting yang dipenuhi teater, kedai, dan bangunan ikonik.

Akhir sekali, kita akan pergi ke Empire State Building, mercu tanda yang menjadi simbol kota New York.

Day 14: NEW YORK CITY-DOWNTOWN & LIBERTY ISLAND / DEPARTURE (NEW YORK-JFK AIRPORT)

Hari terakhir kita di New York dimulakan dengan menjelajah kawasan Downtown Manhattan. Kita akan bermula di One World Trade Center serta 9/11 Memorial, kawasan yang penuh makna dan sejarah. Seterusnya, kita akan pergi ke Wall Street yang dikatakan sebagai simbol ekonomi dunia dan melihat sendiri Charging Bull yang merupakan simbol tuah bagi pengunjung yang datang ke sini dan ingin berjaya dalam bidang kewangan.

Tak jauh daripada situ, kita akan pergi ke Battery Park, menikmati suasana tepi laut sebelum kita menaiki Statue of Liberty Cruise untuk menuju ke Liberty Island. Korang berpeluang untuk melihat Patung Liberty dengan lebih dekat bila menaiki cruise ni. Ni antara aktiviti yang perlu dilakukan la orang kata bila datang ke New York City ni.

Selesainya sesi sightseeing, kita bergerak ke JFK Airport untuk menaiki penerbangan pulang ke Kuala Lumpur dan menandakan habis lah sudah pengembaraan USA merentasi 11 negeri dari West ke East.

Day 15 & 16: JFK ✈ KUL

Perjalanan balik ke Malaysia akan memakan masa selama 2 hari tau. Tamat sudah perjalanan untuk pakej US Trans Continental ni selama 16 Hari 13 Malam merentasi 11 negeri di USA.

white and blue round structure in front of city buildings during daytime

TRIP NI DIREKA UNTUK SEMUA GOLONGAN UMUR YANG BERJIWA PENGEMBARA

  • Hotel bertaraf 3 bintang yang selesa.

  • Kenderaan MPV 12-seater yang luas dan selesa untuk aktiviti bersiar-siar dan airport transfer.

  • Menggunakan MPV bagi memudahkan pergerakan dan berhenti bila-bila kita nak.

  • Bilangan peserta kecil (9-10 orang) sahaja setiap trip.

high-rise building during blue hour

APA YANG TAK TERMASUK DALAM PAKEJ GROUND

  • International Flight dari KUL - LAX & NYC - KUL (Estimate: RM4,600)

  • Lunch & Dinner

  • Visa USA (RM1,190 / Application and Validity for 10 years)

  • Travel Insurance

  • Any kind of Flight Add-Ons (Seat Fee, Meals, Comfort Kit, etc.)

  • Any kind of Gratuities & Tips to Guide, Driver & T. Assistant

  • All other items not mentioned in “Package Inclusion” above

  • 2-Hour Monument Valley Highlights Guided Tour, Black Mountain Chairlift Ticket, Chicago Architecture River Cruise, Niagara Falls Cruise, Corning Museum of Glass, Empire State Building Ticket

APA YANG TERMASUK DALAM

PAKEJ GROUND

Domestic Flight:

  • Route: Denver (DEN) to Chicago (ORD), One-way

  • Class: Economy (American, Southwest, United, Frontier)

  • Luggage: 1x 7kg Cabin + 1x 23kg Check-In

Ground Transport

  • Travel with MPV

  • Vehicle Usage Charges with Insurance & Fuels

  • Tolls & Parking Fees

  • Driver & Travel Assistant (A crew assigned each MPV)

Accommodations & Meals:

  • 13 Nights in Hotels (up to 3 stars)

  • 13x Breakfast

Airport Transfers (as per scheduled):

  • From Los Angeles (LAX) Airport on Day 01

  • To New York (JFK) Airport on Day 14

Complimentary Offers:

  • Grand Canyon N.P. Entrance Fee

  • Arches N.P. Entrance Fee

  • Rocky Mountain N.P. Entrance Fee

  • Monument Valley Tribal Park Entrance Fee

  • Goosenecks S.P. Entrance Fee

  • Niagara Falls & Hoover Dam Entrance Fee

  • Statue of Liberty Cruise Ticket

assorted buildings under blue sky

APA YANG TERMASUK DALAM PAKEJ GROUND

Domestic Flight:

  • Route: Denver (DEN) to Chicago (ORD), One-way

  • Class: Economy (American, Southwest, United, Frontier)

  • Luggage: 1x 7kg Cabin + 1x 23kg Check-In

Ground Transport

  • Travel with MPV

  • Vehicle Usage Charges with Insurance & Fuels

  • Tolls & Parking Fees

  • Driver & Travel Assistant (A crew assigned each MPV)

Accommodations & Meals:

  • 13 Nights in Hotels (up to 3 stars)

  • 13x Breakfast

Airport Transfers (as per scheduled):

  • From Los Angeles (LAX) Airport on Day 01

  • To New York (JFK) Airport on Day 14

Complimentary Offers:

  • Grand Canyon N.P. Entrance Fee

  • Arches N.P. Entrance Fee

  • Rocky Mountain N.P. Entrance Fee

  • Monument Valley Tribal Park Entrance Fee

  • Goosenecks S.P. Entrance Fee

  • Niagara Falls & Hoover Dam Entrance Fee

  • Statue of Liberty Cruise Ticket

APA YANG TAK TERMASUK DALAM PAKEJ GROUND

  • International Flight dari KUL - LAX & NYC - KUL (Estimate: RM4,600)

  • Lunch & Dinner

  • Visa USA (RM1,190 / Application and Validity for 10 years)

  • Travel Insurance

  • Any kind of Flight Add-Ons (Seat Fee, Meals, Comfort Kit, etc.)

  • Any kind of Gratuities & Tips to Guide, Driver & T. Assistant

  • All other items not mentioned in “Package Inclusion” above

  • 2-Hour Monument Valley Highlights Guided Tour, Black Mountain Chairlift Ticket, Chicago Architecture River Cruise, Niagara Falls Cruise, Corning Museum of Glass, Empire State Building Ticket

brown rock formation under blue sky during daytime
brown concrete building

Very good services and accomodating to golden girls dreams back to kg in USA for reminiscing teenage college days. Thank you to Zarif for the services and kind hearted n called us "kakak" instead of " aunty". Till we meet again in next trip.

Noorzaidah Abu Bakar

APA KATA CLIENT YANG DAH PERGI TRIP USA NI ?

★★★★★
★★★★★

I was impressed and satisfied by the service. Kak Kepoh said it was good, sure it was good. The important thing is that everything is ready from flight, hotel, transport, JJCM and ready if you need them anytime..laundry to going shopping anywhere. Anyone who wants to go to the USA, I highly recommend it.

Norazian Saad

★★★★★

An unforgettable USA trip! The itinerary was well planned, hotels were comfortable, and everything ran smoothly. We managed to visit many iconic places without feeling rushed. Highly recommended!

Hayati MD Noor

★★★★★

Trip USA ni sangat berbaloi. Pengurusan yang profesional, tour leader mesra dan sentiasa membantu. Alhamdulillah, perjalanan lancar dari awal hingga akhir. Pasti akan join lagi trip lain yang akan datang!

Hussein Jamal